Puan Hajah Noor Semarli binti Hj Alias
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Selamat Datang ke laman blog SK Taman Tuanku Jaafar 2. Terima kasih kerana melayari laman blog ini. Tujuan laman blog ini dibangunkan adalah untuk menyebarkan apa-apa berita tentang aktiviti di SK Taman Tuanku Jaafar 2 dengan cepat melalui kuasa ICT dan Internet. Ini juga bertujuan untuk rujukan ibu bapa dan secara tidak langsung mewujudkan SK Taman Tuanku Jaafar 2 sebagai salah sebuah sekolah yang seiring dengan peredaran arus globalisasi yang sentiasa berkembang pesat. Oleh itu, diharapkan agar semua pelawat dapat bersama-sama memanfaatkan laman blog ini.