Saturday, January 5, 2013

SELAMAT HARI LAHIR....

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA MAK LANG DENGAN MAK HJH LIZA KERANA ATAS SUMBANGAN PULUT KUNING KEPADA SEMUA STAF SKTTJ2...SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR , DIMURAHKAN REZAKI, DIBERKATI ALLAH SELALU...
INI LAH PEMBUKA TIRAI 2013...CONTOH TERBAIK UNTUK DIIKUTI OLEH YANG LAIN..HEHE

Wednesday, January 2, 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SKTTJ2 2013

 Orientasi hari pertama.

 Ibu Bapa turut sama pada hari persekolahan....
 Dengan semangatnya budak- budak baru pra...
Ibu Bapa bersama anak-mereka dalam kelas...pening guru kelas....hehehe

link: http://s1287.beta.photobucket.com/user/myskttj2_2013/library/HARI%20PERTAMA%20PERSEKOLAHAN

Tuesday, January 1, 2013

ICT BOARD

video
Paparan ini akan berubah mengikut perkembangan semasa

Monday, December 31, 2012

SEKITAR HARI PENDAFTARAN SKTTJ 2 UNTUK SESI 2013

 Sebahagian Ibu Bapa yang hadir ke sekolah untuk mendaftakan anak-anak mereka bagi persekolahan sesi 2013 yang akan bermula 2 januari akan datang.

 Guru Besar Hjh Noor Semarli sedang memberikan kata-kata aluan serta sedikit taklimat kepada Ibu Bapa yang hadir sempena sesi persekolahan sesi 2013 akan datang.

 Ibu Bapa yang hadir bersama-sama anak-anak mereka terutama murid-murid tahun 1yang akan memulakan alam persekolahan yang lebih mencabar dan penuh informasi sedang khusyuk mendengar taklimat daripada Pn. Lim selaku Guru Penolong Kanan HEM SKTTJ2.

Antara sebahagian murid-murid tahun 1 bersama-sama Ibu Bapa sedang mendaftarkan anak-anak mereka yang dibantu guru kelas masing-masing.

http://s1287.beta.photobucket.com/user/myskttj2_2013/library/PENDAFTARAN%20SKTTJ%202013

Sunday, December 30, 2012

Selamat datang 2013

SELAMAT DATANG 2013

MOGA LEBIH CEMERLANG MENGIRINGI VISI DAN MISI,

KEMNASUKAN KE SMKA

UNTUK PERHATIAN SEMUA,
KEMASUKAN KE SMKA TBOLEH DI SEMAK DI PORTAL JPNS, NEGERI SEMBOLAN
TARIKH PENDAFARAN IALAH 3  ANUARI 2013

Salam daripada HEM

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!