Saturday, December 29, 2012

TAHNIAH! TAHNIAH! SELAMAT PENGANTIN

 Tahniah kepada pasangan pengantin..semoga keberkatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga syurga abadi.
Guru Besar Hjh Noor Semarli bersama suami di majlis persandingan anak terunanya yang berlangsung dI dewan MPS.

Friday, December 28, 2012

facebook SKTTJ2 telah dilancarkan..

Dijemput kepada semua guru-guru SKTTJ2 khasnya menjadi ahli kepada facebook myskttj2. Kumpulan Alumni juga telah diwujudkan. Semua warga SKTTJ2 yang semasa dan sebelumnya dipelawa untuk menjadi ahli dalam kumpulan alumni ini. Hanya ahli kumpulan sahaja yang boleh "post a comment".

Bersama kita saling mengingati dan mewar-warkan maklumat-maklumat yang terkini.

Thursday, December 27, 2012

Pemantauan Akhir Tahun


27 Disember, Pegawai dari PPD Seremban datang untuk pemantauan akhir tahun.

Guru Kelas SK.TTJ2 Tahun 2013

GURU KELS TAHUN 1

GURU KELAS TAHUN6

GURU KELAS TAHUN 5

GURU KELAS TAHUN 2

GURU KELAS TAHUN 3

GURU PEMULIHAN & PENYELARAS PSS

GURU KELAS TAHUN 4

GURU GURU PRASEKOLAH


kemasukan ke SMKA

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG PERGI TEMUDUGA KE SMKA, SILA SEMAK KEPUTUSAN ANDA DI  www.spi.jpnns.gov.my

Mesyuarat Guru ke-1 (2013)

 
 
 
 
 
 
26 Disember 2012, semua guru hadir dalam mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan. Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 ptg.

Perkataan yang menjadi sebutan kali ini ialah "INTERGRITI"

Sunday, December 23, 2012

Gigitan piranha hitam



Ikan piranha hitam yang dikatakan mempunyai gigitan luar biasa yang mampu mengalahkan haiwan gergasi pra sejarah.

LONDON 22 Dis. - Gigitan ikan piranha hitam dilaporkan lebih kuat berbanding haiwan-haiwan lain di seluruh dunia termasuklah haiwan prasejarah.
Menurut hasil kajian yang diterbitkan jurnal Scientific Reports, otot rahang ikan itu yang luar biasa membolehkannya mempunyai daya gigitan menyamai haiwan yang 30 kali ganda lebih berat berbanding ikan tersebut.
Menurut penyelidik, walaupun dubuk, jerung putih termasuklah buaya mempunyai kuasa gigitan yang agak kuat, namun kuasa itu menjadi tidak mengkagumkan bila dilihat daripada saiz dan berat haiwan itu.
Malah, menurut kajian itu, piranha juga mengalahkan haiwan gergasi prasejarah seperti Tyrannosaurus rex (T-rex) dan paus besar yang mendahului jerung putih.


RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!