Friday, November 23, 2012

LDP KSSR Sains Tahun 3

LDP KSSR SAINS THN 3
20 NOVEMBER 2012
BILIK TAYANG SKTTJ 2
Penyampai  : Cikgu Rizal



Rumusan:
1. Mesti kuasai kategori Band 1 -  6
2. Habiskan terlebih dahulu P & P TMK untuk membolehkan mata pelajaran lain merentas TMK.
3, Kemahiran Proses Sains masih tidak diabaikan.
4. Eviden tidak terikat kepada lembaran aktiviti sahaja.

Selamat Berpindah Cikgu Nazimatul Khair


Cikgu Nazim akan dirindui oleh seluruh warga SK TTJ 2.

Wednesday, November 21, 2012

KURSUS DALAMAN MATEMATIK KSSR TAHUN 3

Tarikh   : 20hb . 11 . 2012
Tempat  : Bilik Gerakan
Disampaikan oleh cikgu Rosma Idayu

KURSUS DALAMAN KSSR PSV TAHUN 3

Tarikh  : 21hb 11 2012
Tempat: Bilik Gerakan
Disampaikan oleh cikgu Fatimah bt Idris..
Penyampaian yang sangat menarik, dengan BBM...syabas cikgu.

Tuesday, November 20, 2012

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU(1) 2013 DI SEK MEN AGAMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR, AMPANGAN SEREMBAN

Murid – murid tahun 6 (2012) yang berminat untuk memohon masuk ke tingkatan 1 (2013) di SMA Dato’ Klana Petra Maamor , Ampangan , Seremban bolehlah mendapatkan borang SMADKLANA TINGKATAN 1 di kaunter pejabat SMA Dato’ Klana Petra Maamor , Ampangan , Seremban. Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak memohon.

Syarat – syarat adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mendapat sekurang- kurangnya 3A dan gred C dalam mata pelajaran
yang lain atau mendapat sekurang- kurangnya 2A dan gred B dalam
mata pelajaran yang lain.
iii. Lulus Ujian Asas Fardu Ain
iv. Tawaran belajar diutamakan kepada calon-calon dari sekolah di Negeri
Sembilan khasnya di daerah Seremban dan berminat untuk mengambil
aliran agama.

Tarikh tutup permohonan : 28 November 2012
Ujian bertulis dan ujian lisan akan diadakan bagi calon-calon yang layak.

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 MRSM AMBILAN 2013

Murid – murid tahun 6 (2012) yang berminat untuk memohon masuk ke tingkatan 1 di MRSM perlu mendapatkan nombor pin/ kata laluan di Pejabat Mara Negeri @ Daerah @ MRSM yang berdekatan.

Pemohon – pemohon hendaklah membawa salinan surat beranak serta salinan keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan ( untuk membuat permohonan secara online).

Tarikh tutup permohanan : 4 DISEMBER 2012

Monday, November 19, 2012

Mereka dapat 5A dan 4A1B.....TAHNIAH






http://s1155.photobucket.com/albums/p547/myskttj2/Hari%20UPSR/?albumview=slideshow

26 pelajar 5A, 38 pelajar 4A1B untuk UPSR 2012








 Seronok dengan keputusan yang cemerlang


http://s1155.photobucket.com/albums/p547/myskttj2/Hari%20UPSR/?albumview=slideshow

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!