Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA














CANDID

Tiada siapa yang tahu apa di fikiran anda...?!<">@#%


















GIMIK!

Mengikat bendera pelancaran


Larian Jogathon

Penyerahan simbol pelancaran Program Jogathon

Melepaskan bendera pelancaran

Deklamasi sajak

Sumbangan kepada pelajar miskin

Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 tidak melupakan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Sumbangan kepada mereka telah disempurnakan oleh Pn Lim Chew Yang (GPK HEM SK TTJ2)





Sumbangan kepada anak-anak yatim

15 Ogos, SK TTJ2 telah berjaya mengumpul beberapa dana untuk disampaikan kepada anak-anak yatim SK TTJ2. Beberpa orang murid yang dikenalpasti telah menerima sumbangan berkenaan. Majlis telah disempurnakan oleh Pn Rahimah Ibrahim ( GPK 1 SK TTJ2)









Pelancaran Bulan Kemerdekaan








15 Ogos, SK TTJ2 telah menyempurnakan majlis 3 dalam 1 ( Pelancaraan Program Jogathon,  Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Penutupan Program Ihya; Ramadhan ), Perasmian dan penutupan secara serentak dirasmikan oleh Guru Besar SK TTJ2.  Antara ketiganya, Pelancaran Bulan Kemerdekaan adalah acara yang paling meriah sekali. Seronok melihat bendera Malaysia berkibaran dimana-mana sahaja sekitar dataran perhimpunan. Semua murid memberikan kerjasama yang sangat menggalakkan...... Syabas SK TTJ2!!


Lebih banyak gambar, klik sini :

Wednesday, August 15, 2012

NILAM


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Pelajar tahap satu menggunakan sepenuh ruang yang ada untuk membaca dan merekod bahan bacaan yang dibaca.
Cikgu Abdullah selalu berpesan kepada pelajar; "Baca sampai faham, buat sampai dapat".
InsyaAllah... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.  Semoga SKTTJ2 berupaya melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ilmu serta akhlak yang tinggi.

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!