Tuesday, July 31, 2012

Permbelajaran 'Hands on"



Menjalankan eksperimen atau penyiasatan dalam Sains memang dinantikan oleh setiap murid kerana ia merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan mereka. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan input yang sangat berfaedah dan dapat diaplikasikan oleh murid dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Apabila cuaca tidak mengizinkan.

Apabila cuaca tidak mengizinkan aktiviti perhimpunan maka beginilah keadaannya .... Perhimpunan terus diadakan juga tetapi semua murid berdiri dan beratur di hadapan kelas masing-masing, Ucapan diteruskan oleh guru yang bertugas.





Program Bacaan Yasin Perdana





Program Bacaan Yasin Perdana anjuran Panitia Agama Islam diketuai oleh Ustaz Yazmi bersama Guru Besar, GPK dan guru-guru diadakan pada 27 Julai yang lalu.  Semua murid Tahun 6 terlibat dalam program ini.  Mudah-mudahan usaha yang berterusan akan memberikan pulangan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti. InsyaAllah.... Amin..

Kumpulan IMTIYAZ

Kalau ada persembahan nyanyian nasyid memang kumpulan ini tidak akan terkecuali. Untuk tempahan boleh tanya pada Ustazah Huda.

Monday, July 30, 2012

Pasukan Taekwondo SK.TTJ 2



Suasana pagi di hadapan pagar sekolah,

kereta yang berpusu-pusu datang menghantar anak-anak ke sekolah 
Murid melintas dengan bantuan dan kawalan daripada pengawal bertugas

Murid-murid melintas jalan raya
Kenderaan yang datang menghantar anak-anak

Pelajar masuk melalui pintu khas yang disediakan oleh pihak sekolah

Murid bergegas masuk untuk mengelakkan kelewatan

"Saya sudah sampai", kata pelajar ini.

Persembahan kelas 4 Intan : Ramainya.....






Wow.... Ramainya!  Selalunya yang buat persembahan dua hingga tiga orang sahaja.Kali ini seluruh isi kelas terlibat. Apa pun tahniah kepada kelas 4 Intan

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!