Saturday, June 30, 2012

Bersama Ladies Choice

28 JUN 2012 : Syarikat Ladies Choice datang ke SK. TTJ2 memberikan ceraman berkaitan 'obesiti' . Semua murid Tahun 4 dan 5 terlibat dalam program ini. Mereka seronok dengan persembahan yang diberikan. Program berakhir pada jam 9.00 dengan semua mruid diberikan hadiah beruba myonis dan peant butter. 


 

Link to slideshow :
http://gs28.photobucket.com/groups/c246/T1T6DQL3L1/?albumview=slideshow

Pelancaran Bulan Kecergasan

28 Jun 2012, Program Bulan Kecergasan dilancarkan oleh GPK Kurikulum (Pn Rahimah Ibrahim) diiringi oleh GPK Ko Kurikulum (En Asissul b Mahad)

Gimik pelancaran


Paluan kompang mengiringi detik pelancaran



Tuesday, June 26, 2012

Semua pelajar teruja



Stesen menghasilkan larutan jernih
Stesen pengembangan dan pengecutan

Stesen menyukat suhu air

Stesen mengesan asid dan alkali


Stesen ayunan bandul

Stesen mengukur panjang getah

26 JUN, Pameran Saintis Muda yang terdiri daripada 12 pelajar SKTTJ 2 membuka mata semua pelajar terhadap keseronokan mempelajari mata pelajaran Sains. Hampir semua pelajar teruja untuk melihat setiap stesen eksperimen yang ada. Panitia Sains sangat berbangga dengan kejayaan 12 Saintis Muda yang dilantik kerana telah berjaya mengendalikan eksperimen masing-masing apabila berhadpan dengan setiap pelajar mahupun guru-guru yang datang dan bertanyakan pelbagai soalan. Konsep pameran yang diadakan ini memberi peluang semua pelajar dari Kelas Pra Sekolah sehinnggalah kepada pelajar Tahun 6. Syabas sekali lagi kepada semua Saintis Muda SKTTJ2. 


Gerak Gempur Persediaan UPSR



Latih tubi meningkatkan kemahiran.
Mudah-mudahan kejayaan bersama semua pelajar.... amin..

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011







SYABAS DAN TAHNIAH !!

Monday, June 25, 2012

JOHAN Pidato 1 Malaysia peringkat Negeri Sembilan




Sabtu (23 Jun 2012) bertempat di SK Wawasan, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Muhammad Alif Haikal b. Mohd Fadzly (12 Tahun). Syabas...

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!