Friday, June 8, 2012

Pentingnya disiplin

"Cepatlah sikit, jangan buang masa", tegur seorang guru yang terlibat. Namun apa yang pasti keadaan mereka masih seperti yang diperhatikan.Beginilah keadaan para pelajar sekarang, situasi ini merupakan peluang untuk mereka bersantai dan melengah-lengahkan masa yang sememangnya terhad.

Isunya sekarang; ada pro dan kontranya apabila para pelajar diminta membuka kasut apabila masuk ke bilik-bilik khas. Keadaan akan menjadi lebih lambat apabila pelajar diminta membuka kasut. Proses membuka dan memakai semula kasut akan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit daripada waktu pembelajaran. Kalau waktu pembelajaran 30 minit dah tinggal 20 minit sahaja lagi. 

Kalau dibiarkan memakai kasut masuk ke dalam bilik khas berkenaan....... lagi banyak kerja yang terpaksa dilakukan. Kebanyakan murid tidak sedar mereka membawa kotoran ke dalam bilik berkenaan dan disertakan pula dengan aroma yang tidak menyenangkan. Lantai mesti disapu setiap kali selesai waktu pembelajaran.

Jika difikirkan kedua-duanya sama sahaja. Apa yang paling penting ialah sikap pelajar yang sepatutnya tahu tentang disiplin diri. Aoakah ikrar dan rukun negara yang dilafazkan setiap pagi Isnin di tapak perhimpunan tidak memberi kesan?. Marilah sama-sama kita membendung masalah yang boleh menjadi racun dan penyakit yang bisa menular sehingga tidak dapat dikawal lagi.


o/s: Inilah kelas yang dimarah oleh Guru Besar pada suatu waktu dahulu ketika waktu terakhir hari Jumaat.


Wednesday, June 6, 2012

Adab Ketika Menuntut Ilmu


menuntut-ilmu1 
Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :
  
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.

Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya. Antaranya ialah :

      Adab-adab Ketika Belajar
  1. Membaca Doa Penerang Hati
  2. Duduk dengan sopan
  3. Mendengar penerangan guru dengan teliti
  4. Berlumba-lumba untuk belajar
  5. Sabar ketika belajar
  6. Sentiasa mengulangkaji pelajaran
  7. Menghormati guru anda
  8. Mendisiplinkan diri


      Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
  1. Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  2. Anda akan disenangi guru dan rakan
  3. Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar


      Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
  • Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Dibenci oleh guru dan rakan anda
  • Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.



 Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Memahami kondensasi ; Sains Tahun 5

video
Perhatikan keadaan diluar gelas. Apakah yang menyebabkan kejadian ini terjadi? Dari mana datangnya air yang berada di luar gelas itu ?

Tuesday, June 5, 2012

Silau


Beginilah gambaran pandangan seorang yang alah kepada silau.
Objek yang dilihat akan kelihatan hitam dan tidak jelas imej yang sebenarnya.

Sunday, June 3, 2012

Mutiara kata di SKTTJ 2


Minda yang malas akan 
membuahkan perjalanan yang payah

Manusia yang tidak berharap untuk menang 
telah sedia kalah sebelum berjuang

Manusia tak merancang untuk gagal tetapi 
mereka gagal untuk merancang

Kejayaan tidak akan datang 
kepada manusia yang selalu leka

Orang yang mahu akan mencari jalan, 
orang tidak mahu mencari alasan

Guru pembimbing ilmu

Guru menjana wawasan

Bulat air kerana pembetung 
bulat manusia kerana muafakat

Peluang tersembunyi di sebalik kerja kuat

Lawan, jangan layan perasaan malas

Sikap adalah kunci utama kecegasan otak

Anda adalah apa yang anda fikirkan

Muafakat membawa berkat

Semua’A’ bukan senang tetapi tidak mustahil

Jangan beri dalih tetapi kata boleh

Saya yang menentukan masa depan diri sendiri

Keyakinan diri asas kejayaan dan kecemerlangan

Rahsia kejayaan… ussha, usaha dan terus berusaha

Orang yang sebenarnya berani ialah 
mereka yang tidak mudah patah hati
tetapi bertahan dengan sikap menghadapi cabaran

Teman manusia yang paling abadi ialah akal,
Musuh manusia paling durjana ialah jahil.

Tatahabasa dalam percakapan 
umpama garam dalam lautan

Bahasa yang lembut boleh melenyapkan kemarahan

Barang siapa yang ingin memetik padi yang baik 
dia hendaklah menabur benih yang bagus

Success depends on what you do with you

Failure is never final

Treat others as you wish to be treated

Time is gold

Silence is golden

Practise make perfact

Learn much as you can, play much as you want
zbut don’t fail intentation cause 
that will spoil your education

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!