Thursday, May 31, 2012

Burung hantu petanda buruk



BURUNG ini semakin terancam kerana diseludup ke Indochina sebagai hidangan eksotik.
_______________________________________________________

SEBUT sahaja burung hantu, persepsi awal seseorang pasti akan mengaitkan haiwan itu sebagai sebab utama seseorang dilanda kecelakaan mahupun peristiwa buruk.

Malah, cerita itu bukan sahaja menjadi bahan cerita di negara ini tetapi melangkau ke Greenland. Namun, usah khuatir, di sebalik cerita negatif ada kisah menarik mengenai burung unik ini. Sememangnya, burung hantu sering dianggap sebagai pembawa sial. Itu menyebabkan ramai yang beranggapan haiwan itu merupakan penjelmaan hantu atau haiwan peliharaan hantu.

Bermula di India, sesetengah penduduk kampung di pedalaman India menganggap burung hantu sebagai penolong dan lambang kebijaksanaan. Pendapat itu juga dipercayai oleh orang-orang lama di Britain. Tetapi jika seseorang bermimpi burung hantu, itu merupakan petanda rumah bakal dirompak. Tidak berhenti begitu sahaja, di utara England, jika seseorang yang terlantar sakit terlihat burung hantu bermakna dia akan menemui ajal tidak lama lagi.

Pelik
Menjengah Ireland pula, ada individu yang menggunakan bulu burung hantu untuk diletakkan di bawah bantal bayi agar si kecil mudah tidur. Malah, ada yang percaya burung itu mampu memusingkan kepalanya sebanyak 360 darjah. Cerita yang kebiasaan kita dengar ialah haiwan itu digunakan oleh bomoh untuk aktiviti pengamal khurafat itu.

Di Algeria, meletakkan mata burung hantu jenis Eagle di tangan kiri wanita yang sedang tidur akan menyebabkan wanita tersebut akan bercerita kesemua rahsianya. Masyarakat Perancis pula menganggap jika wanita hamil mendengar suara burung hantu bermakna anak yang dikandung ialah bayi perempuan.
Masyarakat di rantau Arab turut mempunyai mitos mengenai burung hantu. Mereka percaya kanak-kanak nakal akan insaf dengan perlakuan buruk masing-masing jika dihinggapi burung tersebut.
Segelintir masyarakat China, Jerman, Greenland pula percaya haiwan tersebut mampu memberikan kekayaan, membahagiakan keluarga, memberikan sumber inspirasi kepada keluarga yang memeliharanya.

Bagi segelintir individu di negara ini dan Indonesia, burung hantu lebih mengerikan kerana ia akan memakan bayi yang baru lahir. Orang Jepun ada yang menganggap burung hantu jenis Eagle pembawa mesej yang baik dan kemakmuran kepada keluarga.

Lazat
Di sebalik kepercayaan itu, burung hantu sebenarnya semakin terancam kerana menjadi buruan untuk diseludup ke Indochina sebagai hidangan eksotik. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Rasid Samsudin memberitahu, haiwan itu mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap dengan harga mencecah RM200 seekor. Katanya, modus operandi yang dijalankan penyeludup ialah menerima pesanan daripada Orang Asli sebelum diseludup ke luar negara melalui laluan laut atau darat.

“Burung hantu menjadi kegemaran penggemar makanan eksotik di Indochina. “Ia dikenal pasti mendapat permintaan tinggi berdasarkan beberapa rampasan yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Nasyid Tahun 5

video

Pengisian masa cuti ; Kelas Tambahan








Link untuk slideshow :

Monday, May 28, 2012

Kempen Keselamatan bersama Paper Mate

25 Mei 2012 (Jumaat) ; Syarikat Paper Mate telah datang ke SK. TTJ 2 dan memberikan ceramah berkaitam kempen keselamatan. Selain itu murid-murid juga diberikan sebatang pen bagi menggantikan pen lama yang sudah tidak digunakan lagi.

 Ceramah disampaikan oleh En Shafie dari Syarikat Paper Mate









Skuad COMBI terima sijil.

27 Mei 2012 (Ahad); Skuad COMBI SkTTJ2 telah menerima sijil daripada Jabatan Kesihatan Seremban yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat & Kempen Cara HIdup Sihat di Dataran KRT Zon 3A.





Sunday, May 27, 2012

JADUAL KELAS BIMBINGAN DAN PENGAYAAN UPSR


JADUAL WAKTU KELAS BIMBINGAN DAN PENGAYAAN UPSR
PADA CUTI SEMESTER PERTAMA 2012

MASA
8.00-10.00 PAGI
10.00-10.30 PAGI
10.30-12.30 PAGI

ISNIN
28 Mei
6 I -  M3  - Pn.Lim Chiew Yang
6N - BM-  Pn.Hjh Norliza/Pn.Hjh Noor Semarli
6Z -  Sc  -  En.Abdullah
6M-  Sc  -  En.Asman
6D-  Sc    - Pn Fahita


REHAT

6I  -  Sc  - En.Asman
6N - Sc-  Pn.Fahita
6Z  - BM  -Pn.Hjh Norliza
6M-  BI - Pn.Norhayati Malek
6D-   BI  -  En.Mohd Zaki

SELASA
29 Mei
6 I -  M3  - Pn.Lim Chiew Yang
6N -  BM-  Pn.Hjh Norliza/Pn.Hjh Noor Semarli
6Z -   Sc  - En.Abdullah
6M-   Sc -  En.Asman
6D-   Sc    - Pn Fahita


REHAT

6I  -  Sc  - En.Asman
6N -  Sc-  Pn.Fahita
6Z  - BM  -Pn.Hjh Norliza
6M-  BI - Pn.Norhayati Malek
6D-  BI  -  En.Mohd Zaki

RABU
30 Mei
6I -   BI -   Pn.Khafinah
6N-  M3 -  Pn.Siti Maisarah
6Z-   M3 - Pn.Nor Azah
6M-  BI -  Pn.Masriah
6D-  BM - Pn.Rahimah


REHAT
6I -  BM - Pn.Siti Habsah
6N- BI -   Pn.Masriah
6Z-  BI -   Pn.Khafinah
6M- M3 - Pn.Nor Azah
6D- M3 - Pn.Siti Maisarah

KHAMIS
31 Mei
6I -   BI -   Pn.Khafinah
6N-  M3 -  Pn.Siti Maisarah
6Z-   M3 - Pn.Nor Azah
6M-  BI -  Pn.Masriah
6D-  BM - Pn.Rahimah


REHAT
6I -  BM - Pn.Siti Habsah
6N- BI -   Pn.Masriah
6Z-  BI -   Pn.Khafinah
6M- M3 - Pn.Nor Azah
6D- M3 - Pn.Siti Maisarah



JADUAL KELAS BIMBINGAN DAN PENGAYAAN TAHUN 5


PROGRAM KHAS CUTI PENGGAL SEMESTER PERTAMA
JADUAL KELAS BIMBINGAN DAN PENGAYAAN TAHUN 5 2012
Hari        :               Isnin
Tarikh    :               28 Mei 2012
Kelas / Masa
8.00pagi – 10.00pagi
10.00pagi – 10.30pagi
10.30pagi – 12.30tengahari
5 Intan
Science
(Pn. Nazimatul Khair)

R
E
H
A
T
Mathematics
(Pn. Siti Maisarah)
5 Nilam
Bahasa Melayu
(Pn. Hjh. Aishah)
Science
(En. Abdullah)
5 Zamrud
(Bahasa Inggeris)
En. Mohd Zaki
Bahasa Melayu
(Pn. Hjh. Aishah)
5 Mutiara
Bahasa Inggeris
(Pn. Norhayati Mohidin)
Science
(Pn. Nazimatul Khair)
5 Delima
Bahasa Inggeris
(En. Mohd Zaki)
Mathematics
(Pn. Rosma Idayu)
Hari        :               Selasa
Tarikh    :               29 Mei 2012
Kelas / Masa
8.00pagi – 10.00pagi
10.00pagi – 10.30pagi
10.30pagi – 12.30tengahari
5 Intan
Bahasa Inggeris
(Pn. Norkhafinah)

R
E
H
A
T
Bahasa Melayu
(Pn. Sarimah)
5 Nilam
Mathematics
(Pn. Che Nor)
Bahasa Inggeris
(Pn. Masriah)
5 Zamrud
Mathematics
(Pn. Hjh. Zainab)
Science
(En. Abdullah)
5 Mutiara
Bahasa Melayu
(Pn. Wan Rosliza)
Mathematics
(Pn. Che Nor)
5 Delima
(Bahasa Melayu)
Pn. Sarimah

Science
(Pn. Rosifah)

Selamat Berpisah : Ustazah Siti Munirah

 Ustazah Siti Munirah menamatkan perkhidmatannya di SKTTJ2
mulai 25 Mei 2012 kerana bertukar sekolah ke daerah Johor Bahru.
Semoga Pn Siti Munirah terus ceria dan cemerlang di tempat baru.
Pesanan Ustazah Siti Munirah kepada semua murid
"CINTAKAN ILMU DAN SAYANGI GURU"












Perasmian Penutup Minggu PSS Sekolah

24 Mei 2012 ) Khamis; Minggu PSS ditutup dengan rasminya oleh Guru Besar Cemerlang, Pn Hjh Noor Semarli Alias. Tahniah juga diucapkan kepada penyelaras PSS, Cikgu Fadillah kerana berjaya menyusun program dengan jayanya.  Pelbagai anugerah dan kejayaan diperoleh oleh murid. Syabas kepada yang berjaya. Sesuatu yang paling menarik pelbagai bakat dapat dicungkil dalam program PSS ini.





RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!