Saturday, May 19, 2012

SELAMAT HARI GURU ; Video klip sambutan

video
Ucapan murid

video
Nyanyian lagu sekolah

video
Nyanyian lagu Negeri Sembilan

video
Nyanyian lagu Guru Malaysia


3

Penyertaan untuk pertandingan lalu lintas

video
Dengarnya dapat banyak saman. Betul ke ?

Bergurau atau betul-betul

Gurauan yang berbahaya. Mereka berhenti daripada permainan ini selepas ditegur oleh Admin Blog.

SELAMAT HARI GURU; Krew RTM N,Sembilan buat liputan

16 Mei 2012 , Rabu; Krew RTM Negeri Sembilan datang ke SK.TTJ2 untuk membuat liputan sepanjang pelaksanaan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah.
Berita akan disiarkan di televisyen pada jam 6.00 ptg.

 ".... mana satu aku nak shoot nih...?"


 Guru Besar ditemubual..


YDP PIBG turut ditemubual.

SELAMAT HARI GURU ; Wajah-wajah

16 Mei 2012 ( RABU )
 ".. kalau tak jadi.. camner nih .. ?"
 "... he..he.. lain macam plak kamera nih .."

 ".. we are ready to fight.."

 ",,, cam nie ke bang ?.."

 ".. kita selalu happy jer .."

"... sorqang kagi... apa lambat sangat nih ?"
 "Amacam .. ada gaya tak ?"

".. alah... aku memang selalu ceria.." 

 Mesti mau ada semangat kesukanan..

 ..."kalau pecah, habis la aku.."

"...cikgu nih ambik gambat aku plak... Cak !!..

SELAMAT HARI GURU; Sukaneka

16 Mei 2012 ( RABU )
 Cuba la kalau boleh ....

 Mana bola ??

 Selamanya.... selamanya.... selamanya....   

 Fuyoo.. semua orang tak berani dekat.

 Ambek kau !

" Jangan bergaduh dan jangan berebut !! "  Kata Refree..

 ".. den baling mesti kono.."

 Baik-baik... nanti pecah

Selamat Hari Guru ; Meriah di SK TTJ 2

16 Mei 2012 ( RABU )

 Makkk...aii.. banyaknye hadiah..

 Selamat Hari Guru Cikgu !

Bersakaman mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru

 Cium tangan cikgu atau hantuk tangan cikgu ?

Maafkan saya cikgu... takda hadiah..


 Murid tadika turut sama mengucapkan Selamat Hari Guru

Perkhemahan PBSM Peringkat Negeri

17 - 19 April ( ISNIN - RABU ) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah mengadakan aktiviiti perkhemahan Peringkat Negeri Sembilan di Rimba Ilmu.
Seramai 4 orang murid SK TTj 2 telah menyertai perkhemahan tersebut ;
a) Nur Syaza bt Abdul Hamid
b) Sephia Amira bt Ariff Amri
c) Muhammad Ammar Naqib b Abu Bakar
d) Muhammad Syafiq Daniel b Mohd Yaakob


Bowling Hari Guru

12 Mei 2012 ; SABTU, Kelab guru telah memilih Ampang Bowl, Seremban Parade sebagai lokasi riadah bagisemua warga SK TTJ 2.  Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya cuba lagi di masa hadapan. Tidak ketinggalan diucapkan tahniah juga kepada Guru Besar kerana mendapat tempat dalam senarai penerima hadiah Kejohanan Bowling Hari Guru SK TTJ2.

video

 Menanti masa untuk bermula

 "Camno dio kiro tu... ?"

 Mari tengok, siapa hebat?

 "Kali ini mesti strike...."

 Cak !!

 "... kau tengok... kau tengok!!..."

Cikgu Asissul ; Juara keseluruhan

Bicara Berirama


InsyaAllah... tahun hadapan kita akan mendapat tempat yang lebih baik.

Lawatan 'Benchmark PBS' dari SMK TTJ

15 Mei 2012; RABU

Tahniah kepada SK TTJ 2 kerana terus menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain.

Tuesday, May 15, 2012

Terima kasih cikgu!

video

video

video

Teks Ucapan Guru Besar Sempena Hari Guru 2012


Bismillah......
Assalamualaikum wm..wbt..,

Yang berbahagia Encik Jor bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG, SK. Taman Tuanku Jaafar 2.
Yang berusaha Puan Rahimah bt Ibrahim, GPK 1.
Yang berusaha Puan Lim Chiew Yang, GPK HEM.
Yang berusaha Encik Azissul bin Mahat, GPK Kokurikulum.
AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.

Selaku Guru Besar SK. Taman Tuanku Jaafar 2, saya ingin mengambil kesempatan pada hari  yang amat bermakna ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini.

Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi kejayaan dikecapi baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sehingga sekolah ini mula digeruni oleh sekolah-sekolah rendah yang lain. Malah sekolah ini mula dijadikan sebagai penanda aras  kepada sekolah-sekolah yang lain. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa para guru di sekolah ini sentiasa positif dalam melonjakkan transformasi pendidikan negara.

Murid-murid dan guru-guru yang dirahmati Allah sekalian,

“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata. Para guru di sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar.

Guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan pembangunan sahsiah dan peribadi murid-murid. Malah, dengan perkembangan semasa yang mana berlakunya gejala ponteng sekolah, pergaduhan dan lain-lain dipikul oleh guru dengan rasa penuh tanggungjawab.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Hadirin yang saya muliakan,

Inisiatif Tawaran Baru telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru di sekolah ini layak menerima bayaran insentif atas perkhidmatan mereka yang cemerlang. Alhamdulillah, segala perit jerih  guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila sekolah ini menerima baiah sekali lagi bagi tempoh dua tahun berturut-turut. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru di sekolah ini.

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu bapa yang prihatin maka Insya-Allah proses melonjakkan transformasi pendidikan negara di sekolah ini dapat direalisasikan. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan insan yang mulia dan membina masa depan yang sejahtera.

Hadirin sekalian,

Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik . Bak kata pujangga tentang guru ialah,


Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan  Selamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam....

Monday, May 14, 2012

'TADIKA' baru dah siap

Hah ! Dah tumbuh rumput pun....  Bila boleh guna nih ?

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru Daripada Admin Blog SK Taman Tuanku Jaafar 2

Mari belajar matematik






RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!