Saturday, March 31, 2012

Tahniah Cikgu Rizal

Cikgu Rizal berjaya membawa pasukan Takraw Seremban 2 mendapat
Johan di peringkat negeri. Syabas juga kepada 2 orang murid SK TTJ 2
yang mewakili pasukan takraw pimpinan cikgu Rizal.

Kunjungan dan pemeriksaan kantin sekolah

Pemeriksaan kebersihan kantin dilakukan oleh pegawai kesihatan..
Kepada yang terlibat, jadikan pengajaran atas teguran yang diberikan.

Wakil SKTTJ2 berjaya lagi

Tahniah kerana mengharumkan nama Sk TTJ 2.

Tahniah pasukan MTAQ Sk.TTJ 2

Sekalung tahniah kepada pasukan MTAQ Sk.TTJ 2.

Friday, March 30, 2012

TAYANGAN MULTIMEDIA KLUSTER SKTTJ2

video

Assalamualaikum WBT.
Tayangan multimedia ini adalah sedikit tugasan yang diamanahkan kepada saya dalam proses SKTTJ2 mendapat Anugerah SKK (Sekolah Kluster Kecemerlangan). Cuma kualiti gambar dalam video ini kurang sikit berbanding yang asal kerana saya terpaksa tukar format video untuk dimasukkan ke dalam blog. Dan saya juga dalam usaha nak buang logo yang terdapat pada video tersebut. (Bila convert ke video, itu lah masalahnya). Apapun, nakambil kesempatan disini, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang banyak membantu dalam menghasilkan video ini khususnya Puan Hjh Guru Besar dan Pentadbir, Kak Habsah, Kak Bedah, Cikgu Yuslan, Cikgu Abdullah, Cikgu Zaiful dan Cikgu Fadli Amin (guru praktikum). Dan idea ini asalnya dicetuskan oleh Pn Lim Chew Yang semasa Program Lifebuoy tahun lepas. Tq banyak2 Pn Lim. Sama-samalah kita doakan agar SKTTJ2 berjaya mendapat anugerah tersebut..
Amin....

Align Centre

Sunday, March 25, 2012

Pembelajaran Maya; Sains Siri 3

MARI BELAJAR SAINS ; STRATEGI MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

Oleh: cg_abdullah

MENGENAL PEMBOLEHUBAH

Terdapat 3 pembolehubah yang perlu dikenalpasti dalam menjawab soalan-soalan sains Bahagian B iaitu

a) Pembolehubah Manipulasi (diubah)

b) Pembolehubah Bergerakbalas (diukur)

c) Pembolehubah Malar (tetap).

PERSOALAN?

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga pembolehubah terebut ?

Bagaimana nak mengenalpasti setiap pembolehubah berkenaan ?

Manpulasi (Diubah)

Bergerakbalas (Diukur)

Malar (Ditetapkan)

“Perkara” atau “maklumat” yang sentiasa

berbeza (tidak sama)

pada bahan yang digunakan sebelum dan sepanjang eksperimen atau penyiasatan

“Perkara” atau “maklumat” yang berbeza (tidak sama)

pada bahan yang diperhatikan diakhir eksperimen atau penyiasatan.

Ada juga yang merujuk kepada keputusan penyiasatan

“Perkara” atau “maklumat” yang mesti

sama (tidak berubah)

pada bahan yang digunakan sebelum dan sepanjang eksperimen atau penyiasatan

Kaedah penulisan yang betul :

Sebaiknya nyatakan 2 perkara utama dalam jawapan anda iaitu maklumat dan bahan yang digunakan dalam penyiasatan.

Contoh : masa diambil memanaskan air


Bina kefahaman melalui penyiasatan ini..

Contoh 1 :

Kertas A dan B hendak dilepaskan ke bawah, yang manakah akan jatuh lebih cepat ? Berikan sebab bagi jawapan anda.

Berikut adalah jadual pemerhatian yang direkodkan

Kertas

Tempoh masa kertas jatuh

A

5 saat

B

7 saat

Sebelum menjalankan eksperimen mari kita buat sedikit perbandingan melalui persamaan dan perbezaan. (Ini adalah strategi mencari pembolehubah dan ‘point’ untuk mendapat jawapan inferens)

Persamaan

Perbezaan

Bentuk kertas

Saiz kertas

Tinggi kertas dilepaskan

Tempoh masa kertas jatuh

**Tebal kertas

**Berat kertas

**Jenis kertas

Tempat penyiasatan


** Maklumat yang tidak Nampak boleh menjadi panduan untuk jawapan soalan inferens


Soalan a)

Nyatakan apa yang diubah (pembolehubah manipulasi)

Jawapan

= Saiz kertas yang dilepaskan.

= Saiz kertas tidak sama


Jawapan salah

= kertas

= kertas yang dilepaskan

= saiz

INGAT !! kaedah penulisan ialah

____tempoh masa____ ___kertas jatuh___

( maklmat ) ( bahan )


­­­­­­

Soalan b)

Nyatakan apa yang diukur (pembolehubah bergerakbalas)

Jawapan

= Tempoh masa kertas yang dilepaskan jatuh

= Tempoh kertas yang dilepaskan jatuh

= Masa kertas kertas yang dilepaskan jatuh

= Masa kertas jatuh

= Tempoh kertas jatuh


Ramai pelajar yang menjawab : masa yang diambil

** Jawapan yang diberikan betul tetapi berisiko kerana ia boleh membawa maksud yang kurang tepat.

** Jika hendak mempersoalan jawapan

: masa apa yang diambil ?

: masa siapa yang diambil ?

: masa dilepaskankah yang diambil ?


** Oleh itu para pelajar hendaklah memberikan jawapan yang menepati criteria yang dimaksdukan.

Jawapan salah

= kertas

= kertas yang dilepaskan

= saiz


Soalan c)

Nyatakan apa yang ditetapkan (pembolehubah malar)

Jawapan

= Bentuk kertas yang dilepaskan

= Tinggi kertas dilepaskan

= Berat kertas kertas yang dilepaskan

= Tebal kertas

= Jenis kertas

= Tempat penyiasatan


Jawapan salah

= kertas

= kertas yang dilepaskan

= saiz

= bentuk

= jenis

INGAT !! kaedah penulisan ialah

____(maklumat )____ ___( bahan_)___



Setakat ini dulu, Siri seterusnya akan dipaparkan beberapa latihan pengukuhan untuk pembolehubah..... Jumpa lagi!!

Lawatan Benchmark Bacathon

Sekolah dikunjungi oleh wakil SK Puetri
sebagai Benchmark Program Bacathon

Hoki dan peralatan

Enaknya Milo ais

Terima kasih kepada syarikat Nestle yang menaja
minuman milo untuk semua warga SK TTJ2.

Teringat pula kata-kata dalam iklan milo suatu ketika dahulu ;
"minum milo anda jadi sihat dan kuat".

Semua murid Tahun 1 dapat RM100

Ibu bapa datang ,mengambil wang RM100 melalui guru kelas Tahun 1

Bayaran KWAMP

Pembayaran wang KWAMP dikendalikan oleh GPK HEM

Ustaz Yazmi pengganti Ustaz Noor Izzuddin

Pengganti : Ustaz Yazmi

Bertukar : Ustaz Noor Izzuddin

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!