Saturday, March 24, 2012
Friday, March 23, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Mesyuarat Guru Tahun 5
Tuesday, March 20, 2012
Internet Pengaruh Sahsiah Remaja

Golongan remaja sewajarnya berusaha untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beretika ketika melayari internet. Ungkapan ini bukan ingin menuduh golongan remaja tidak bertanggungjawab ketika di dunia siber dan tidak juga mengiakan mereka ini lebih beretika lagi ketika di alam nyata kehidupan seharian mereka berbanding di alam siber.

Ini memandangkan kurangnya kajian secara empirikal dan mendalam berhubung salah laku moral remaja ketika di internet dan kaitannya dengan kegiatan mereka ketika di luar alam siber. Malah, penulisan ini sebenarnya cuba melihat perilaku yang berada di luar etika dan norma kemasyarakatan yang sering kali dikaitkan dengan golongan remaja ketika berinternet dan hubungannya dengan kehidupan realiti mereka.
Namun apa yang pasti, kegiatan tidak beretika di alam siber sudah tentu akan mengundang golongan ini untuk terjebak dengan pelbagai gejala salah laku moral, sama ada di dunia siber, atau di alam nyata.
Perspektif masyarakat menilai golongan remaja sebagai kumpulan berisiko tinggi terbabit dengan pelbagai bentuk gejala salah laku sosial dan moral seperti suka bergaduh, gangsterisme, berlumba haram, merokok, melepak, ponteng kelas dan pembuli. Ada segelintir mereka terbabit dengan kegiatan jenayah berat seperti kes bunuh dan rompakan bersenjata.
Timbul persoalan mengapa golongan remaja sering dikaitkan dengan pelbagai bentuk gejala salah laku seperti ini. Jawapan yang sering diajukan kepada umum pula ialah peringkat kehidupan remaja adalah satu fasa peralihan daripada zaman kanak-kanak yang tidak matang kepada satu kehidupan alam dewasa yang lebih bebas dan berkuasa.
Mereka berada di tengah-tengah antara dua kelompok generasi masyarakat ini. Maka perilaku dan pemikiran mereka belum mantap. Ada ketika berkelakuan seperti kanak-kanak dan pada ketika yang lain sering memberontak bagi mendapatkan kedudukan istimewa sebagai individu dewasa yang lebih bebas, tiada kongkongan.

Pertembungan antara dua generasi dalam satu jiwa ini menjadikan mereka sering kurang stabil dari segi emosi dan pemikiran, kerap memberontak dan tidak sehaluan dengan generasi yang berbeza identiti dari mereka. Pada peringkat ini, remaja akan sentiasa mencari arah haluan bagi membentuk siapakah identiti diri mereka yang sebenarnya.
Pencarian ini akan berakhir apabila model identiti yang lebih sesuai dengan fitrah mereka ditemui, lantas dimantapkan dengan beberapa ciri tertentu yang menjadikan mereka sebagai insan unik. Pada peringkat perkembangan kritikal seperti ini, golongan dewasa dan ibu bapa perlu menyedari hakikat bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk membantu membina golongan remaja membentuk personaliti dan sahsiah di dalam lingkungan peradaban murni.
Malah, remaja itu sendiri sewajarnya turut membantu diri mereka dengan berusaha mendidik dan membentuk diri serta kehidupan mereka agar sejajar dengan norma murni kerohanian dan kesusilaan. Ini bukannya satu harapan yang terlalu unggul sifatnya atau terlalu sukar untuk dicapai dan golongan remaja pula tidak perlu melihat ia sebagai satu kongkongan atau pertembungan di antara naluri keremajaan mereka.
Pertembungan seperti inilah yang dilihat masyarakat cendekiawan sebagai titik asas kepada konflik yang menghantui diri remaja. Sesuatu yang tidak wajar dilupakan, dalam era letusan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan ketika ini, konflik naluri remaja menjadi semakin akrab dan jitu, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan apa yang diungkapkan sebagai kelahiran 'millennials' atau 'Generasi Y'.
Mereka yang dilahirkan antara 1980-an sehingga penghujung 2001, menjadikan internet, terutama laman web berkaitan jaringan sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace, Twitter dan sebagainya, sebahagian daripada hidup mereka.
Trend ini sejajar di serata pelosok dunia, termasuk di negara ini. Pengaruh aktiviti internet seperti ini dalam kehidupan mereka amat besar. Malah, kajian di Amerika Syarikat mendapati satu pertiga aktiviti internet adalah berkaitan laman web sosial seperti itu dan ia begitu popular di kalangan remaja.
Di negara ini, remaja berusia antara 15-19 tahun mewakili peratusan terbesar pengguna internet, iaitu 17.9 peratus pada 2008, berbanding kumpulan umur lain. Apa yang amat dikhuatiri ialah kesan penggunaan teknologi ini yang memburukkan lagi konflik sedia ada dalam jiwa remaja.
Ini kerana dalam peringkat usia sebegini, golongan remaja masih lagi melalui proses perkembangan dan kematangan intelek, emosi dan sosial. Namun, ketaksuban ruang dan masa di dunia maya tidak akan membantu mereka menjalani proses perkembangan ini secara sihat dan teratur.
Bahkan ini akan menjadikan mereka keliru dan tidak mampu menilai apakah gambaran interaksi sosial yang sebenarnya. Interaksi sosial pada mereka adalah bersifat maya (virtual), penuh kebebasan, malah sesuatu yang bersifat peribadi di alam nyata, tetapi di dunia siber, pengertian peribadi berbeza.
Ia boleh diperbahaskan secara meluas, bebas dan tanpa sekatan. Lantaran itu, pada mereka, inilah interaksi yang sebenarnya. Memandangkan remaja terlalu individualistik dan 'egosentrik', sikap menghormati hak dan kewujudan orang lain dalam kehidupan mereka, sebagaimana di dunia siber, tidak wujud sama sekali di alam nyata.
Interaksi secara bebas tanpa sekatan di alam maya lebih membentuk diri mereka melihat norma kehidupan alam nyata sebagai sekatan kepada kebebasan yang mereka idamkan. Ini akhirnya memberi kesan negatif kepada perkembangan personaliti golongan ini.
Maka itu, timbul pelbagai gejala salah laku moral dan etika remaja, bukan hanya ketika berinteraksi di internet, malah akan terbawa dalam kehidupan di alam nyata. Di antara contohnya seperti bertutur dalam bahasa yang kasar dan lucah, penyebaran bahan berbaur fitnah dan lucah.
http://aspirasidiri.blogspot.com /Dunia internet pengaruhi sahsiah remaja.
Monday, March 19, 2012
Katak pokok Rabbs’ fringe-limb tinggal seekor di dunia
ATLANTA, Amerika Syarikat – Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus di habitat rimba, terpaksa dihapuskan selepas ia jatuh sakit.
Sebelum ini, Zoo Atlanta memelihara sepasang katak berkenaan yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs’ fringe-limb.
Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia.
Kelmarin, beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor katak itu terpaksa dihapuskan bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan.
Spesies katak tersebut ditemui oleh kurator herpetologi Zoo Atlanta, Joseph Mendelson semasa lawatan beliau ke Panama dalam tahun 2005.
Mendelson berkata, spesies berkenaan di habitat rimba pupus akibat jangkitan sejenis patogen yang dikenali sebagai kulat chytrid. – AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
Sunday, March 18, 2012
Mulianya sifat berteima kasih
Ucapan teri adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?
Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.
Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.
Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.
Kepada ibu bapa kita jangan dilupakan. Merekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa mereka terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.
Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini.Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat
Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.
Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.
