Saturday, March 17, 2012

DI SEBALIK RAHMAT ALLAH SWT


Ketika aku berdoa di majlis mana-manapun, seringkali aku menyelitkan perkataan 'mendapat KERAHMATAN ALLAH'.... bagi aku perkataan RAHMAT amat bermakna jika dihayati.... aku yakin..... bahawa dengan RAHMAT Allah itulah..... tempat aku berada khususnya sekolahku penuh dengan perasaan kasih sayang, warga sekolah datang ke sekolah dengan perasaan senang hati...... dengan RAHMAT itulah...... pentadbir, guru, murid dan ibubapa dapat bekerjasama dengan baik antara satu sama lain..... dan dengan RAHMAT itulah..... tidak ada musibah yang teruk menimpa sekolahku..... kalau adapun dapat ditangani dan diselesaikan dengan baik. Justeru, sesiapapun dimana jua kita berada, mohonlah daripada Allah agar kita semua sentiasa mendapat KERAHMATAN daripadaNya..... Secara peribadi saya mendoakan SKTTJ2 sentiasa berada di bawah KERAHMATAN Allah SWT. Percayalah...... peningkatan, anugerah, kejayaan yang kita capai ada hubungkaitnya dengan RAHMAT Allah..... dan BAIAH KEDUA yang kita baru perolehi, bagi saya adalah HADIAH ALLAH SWT kepada mereka yang sentiasa cekal, berpadu, berkasih sayang, bekerjasama di antara kita. Dan semua ini tidak ada berlaku tanpa RAHMAT ALLAH SWT. Salam sayang untuk semua – Sedikit coretan daripada Ustaz Izzuddin

Jalinan SK TTJ 2 ; KKGLM



Sek telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Koperasi KKGLM Dwi Tahunan Kawasan Kali ke-8 Tahun 2012

Ps.
"Fuyoo...setiap yg hadir dpt RM 50"

Friday, March 16, 2012

Pembelajaran Maya Sains Bahagian B : Siri 2

video
Buat murid-murid , sila tonton video ini secara berulang-ulang

MARI BELAJAR SAINS ; SIRI 2

MARI BELAJAR SAINS ; STRATEGI MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

Oleh: cg_abdullah

MeENGENAL CORAK

Corak atau “trend” bermaksud susunan yang ditunjukkan atau susunan yang diverikan dalam ssuatu maklumat.

Kata kunci yang selalu digunakan perkataan “corak” atau “perubahan corak” atau “corak perubahan…”

Contoh 1 :

Corak bilangan pokok = Menurun.

Jawapan lain yang boleh diterima ialah berkurang

Nota : Jumlah corak yang ditunjukkan hanya ada 1 corak sahaja.


­­­­­­

Contoh 2 :


Corak bilangan cacing tanah = Menurun, menaik.

Jawapan lain yang boleh diterima ialah berkurang, bertambah.

Nota : Jumlah corak yang ditunjukkan hanya ada 2 corak sahaja.


Contoh 3 :

Corak tinggi bekas = Menaik.

Jawapan lain yang boleh diterima ialah bertambah atau meningkat

Nota : Jumlah corak yang ditunjukkan hanya ada 1 corak sahaja.


Contoh 4 :

Corak jumlah makanan yang diperlukan sehari

= Menaik, mmenurun

Jawapan lain yang boleh diterima ialah bertambah , berkurang

Nota : Jumlah corak yang ditunjukkan hanya ada 2 corak sahaja.


Contoh lain :

2, 4, 5, 8, 10, 10, 10, 6, 3, 1

Perubahan corak = menaik, mendatar, menurun

Jawapan lain = bertambah, sama , berkurang


JAWAPAN SALAH ;

1. NAIK, SAMA, TURUN

2. BERTAMBAH, MENDATAR, TURUN

3. MENAIK, SAMA, KURANG


Peringatan :

1. Corak mesti menunjukkan peningkatan.

2. Penggunaan imbuhan dapat menunjukkan peningatan corak.

3. Elakkan penggunaan “semakin” dalam soalan corak kerana ia boleh membawa makna yang berlainan kepada jawapan.

4. Adalah penting menulis corak mengikut jumlah corak yang ada.

Selamat belajar, kita jumpa lagi di Siri 3 nanti.

Ustaz Noor Izzuddin dalam kenangan

video
Sumbangan Ustaz Noor Izzuddin dalam masa yang singkat
banyak membantu kejayaan dan kecemerlangan SKTTJ2

Thursday, March 15, 2012

Rawatan katarak lebih selamat

Katarak merupakan antara masalah mata yang begitu lazim sehingga setiap orang pasti pernah mengalaminya atau mengenali seseorang yang telah atau sedang mengalami katarak.

Katarak berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud air terjun. Menurut kepercayaan kuno sebelum tahun 1700, katarak terjadi hasil dari pengaliran cecair pekat seperti air terjun ke dalam mata.

Dengan hasil kajian yang berterusan, kini masalah itu lebih difahami iaitu ia sebenarnya kesan dari pelbagai faktor seperti proses penuaan, kecederaan, perubahan metabolik, ubat dan sebagainya.

Pada masa dahulu, prosedur rawatan katarak biasanya melibatkan kaedah yang agak menyakitkan dan menggerunkan.

Catatan sejarah awal menunjukkan pembuangan katarak yang dilakukan oleh masyarakat Rom, Cina, India dan Greek yang menggunakan peralatan kuno yang dikenali sebagai jarum couching.

Mujur teknologi pembuangan katarak yang digunakan kini lebih maju dan peningkatan dalam pemahaman mengenai punca penyakit itu telah membawa kepada perkembangan teknologi yang berterusan. Ini menjadikan prosedurnya lebih selamat dan tidak menyakitkan.

Malah kini penglihatan pesakit juga kembali sejurus selepas pembedahan

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan kebelakangan ini untuk meningkatkan teknik dan prosedur pembuangan katarak telah menghasilkan pembedahan yang lebih pantas dan tidak menyakitkan.

Inovasi dan teknologi baru telah dicipta untuk menjadikan pembedahan katarak lebih selamat, cepat dan efektif.

Antara kemajuan pada masa kini ialah probe yang digunakan untuk membekukan permukaan kawasan katarak sebelum proses pengeluaran serta kanta intraocular(IOL) yang diimplan ke dalam mata untuk membetulkan penglihatan selepas pembuangan katarak.

Satu lagi kemajuan penting dalam pembedahan katarak ialah teknik phacoemulsification (Phaco) pada tahun 1960-an.

Teknik Phaco melibatkan peralatan yang menggunakan getaran ultrasonik dan hembusan udara untuk memecahkan katarak kepada kepingan kecil yang kemudiannya dibuang melalui sedutan, semuanya melalui pembelahan yang lebih kecil.

Kaedah ini menjadi amalan lazim dalam prosedur pembuangan katarak sejak kebelakangan ini, memberikan hasil yang lebih baik dan proses penyembuhan yang lebih cepat kepada pesakit.

Kini dalam era teknologi iphone dan ipad, terdapat satu bentuk rawatan katarak lebih maju yang dikenali sebagai Pembedahan Katarak LenSx® No-Blade.

Pesakit kini tidak perlu merasa cemas atau takut untuk menjalani prosedur pembuangan katarak.

Melalui prosedur ini, beberapa langkah pembedahan tradisional yang rumit dan dilakukan secara manual oleh doktor dalam teknik pembedahan ditukarkan dengan teknologi laser LenSx®Fem sesaat.

Teknologi ini menggunakan laser fem sesaat untuk melakukan pembelahan yang diperlukan dan pada masa yang sama membantu doktor melakukan pembedahan kapsul dengan bantuan sistem berkomputer.

Laser fem sesaat ini menggantikan langkah rumit yang terpaksa dilakukan secara manual dalam prosedur tradisional.

Sistem imej dan laser berintegrasi penuh membolehkan pakar bedah merancang dan menentukan tapak pembelahan dengan lebih tepat.

Dalam prosedur ini, pembelahan yang lebih kecil dilakukan untuk membuang kanta cataractous dan mengimplan kanta pengganti.

Selain lebih selamat, cepat dan tidak menyakitkan, pesakit juga dapat memperolehi kembali penglihatan mereka dan dapat meneruskan gaya hidup aktif mereka.

Pelaburan dalam teknologi tersebut oleh pakar seperti VISTA Eye Specialist telah meningkatkan status pembedahan katarak menjadi salah satu prosedur paling lazim dengan kadar kejayaan yang tinggi pada masa kini.

Bukan saja pesakit yang menerima manfaat dari pemulihan penglihatan yang cepat tetapi yang lebih penting, mereka dapat meneruskan dan menikmati gaya hidup aktif!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Wednesday, March 14, 2012

Sains : Serpihan tahi bintang jatuh dari langit


Serpihan tahi bintang yang terjatuh ke dalam sebuah pondok milik
Anne Margrethe Thommassen dipamerkan di Oslo kelmarin - Reuters

Tuesday, March 13, 2012

Asam garam perkhemahan perdana di Agro Park

Hadiah dan anugerah kepada mereka yang berjaya


Akibat leka !!

Titian rintangan

Rintangan dan halangan

Titi gantung

Rintangan meredah lumpur.... Ishhh !
!
Cabaran kawat duri

Tracking

Batu penghalang...

Senaman pagi

Tazkirah oleh Ustaz Muhammad Zaifullah

Aktiviti kolaj

Membuat gadge
t
Basuh pinggan selepas makan

Segalanya tinggal memori yang sukar dilupakan.

Ada banyak lagi gambar yang boleh dilihat melalui slideshoe photobucket

Sejarah : Banyak yang pertama di Taiping

SEJURUS memasuki sempadan Kuala Kangsar - Changkat Jering melalui Lebuh Raya Utara-Selatan Plus, suasana sekeliling mula bertukar mendung dan dingin. Pemanduan dari Kuala Lumpur sejauh 270 kilometer itu mengambil masa kira-kira 3 jam 5 minit ternyata memenatkan.

Namun, semua itu terus dilupakan sejurus memasuki tol Changkat Jering, Taiping yang menjadi susur keluar tol selatan melalui lebuh raya dari Kuala Lumpur.

Wartawan Horizon teruja untuk meneruskan perjalanan kembara bagi mengetahui lokasi menarik yang terdapat di Taiping.

Suasana aman dan damai yang segera menyapa setiap tetamunya, ternyata sesuai bagi mereka yang ingin lari sebentar daripada kesibukan hidup di kota.Sesuai dengan nama Taiping yang bermaksud aman selamanya dalam bahasa Hakka.

Taiping terletak di atas permukaan muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut.

Ia merupakan lokasi paling kerap menerima taburan hujan di negara ini iaitu sekitar 4,000 mm setahun. Lantaran itu juga keadaan muka buminya sentiasa lembap terutama di Taman Tasik Taiping. Namun begitu, keadaan tersebut tidak menyebabkan Taiping dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah barat.

Sesuatu yang paling menarik mengenai Bandar Warisan itu ialah landskapnya yang masih mengekalkan ciri-ciri peninggalan sejarah. Bangunannya bercirikan seni bina kolonial seperti utilitarian, neo-classical, palladian dan minnan. Mengikut sejarah, Taiping dulunya dikenali sebagai Klian Pauh. Bandar itu menjadi tumpuan setelah penemuan bijih timah oleh Long Jaafar.

Kemakmuran dan kekayaan menerusi lombong bijih timah menyebabkan British telah membangunkan Taiping menjadi sebuah bandar pentadbiran yang serba lengkap. Namun pada 1937, kedudukannya sebagai ibu negeri telah berpindah ke Ipoh.

Rekod tertua Taiping


MUZIUM Taiping yang diiktiraf sebagai muzium tertua di negara ini dibina pada tahun 1883.

Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan rekod 31 perkara yang terdapat di sana merupakan yang tertua di Malaysia. Daripada muzium, tasik zoo, landasan kereta api sehinggalah pejabat pos dan telegraf pertama di Malaysia. Di sinilah bermulanya landasan kereta api tertua iaitu menghubungkan Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang).

Begitu juga dengan muzium tertua yang dibina ketika zaman penjajahan British, zoo tertua (Zoo Taiping), pusat pemetaan atau pejabat topografi pertama negara dan sebagainya. Oleh kerana itu, Taiping antara lokasi tarikan di Perak sebagai destinasi pelancongan. Ketua Bahagian Pelancongan, Pendidikan dan Seranta MPT, Hanim Ramly, memberitahu, Zoo Taiping dan Safari Malam merupakan tarikan utama pelancong dari luar dan dalam negara bertandang ke Taiping.

“Pengunjung yang singgah ke Taiping pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Zoo Taiping dan Safari Malam yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah,” ujarnya. Tambahnya, pengunjung yang mengunjungi zoo itu berpeluang mempelajari dan menyaksikan kira-kira 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi dan kurungan terbuka.

“Di sini pengunjung diberi kebebasan untuk mengambil gambar dan melihat haiwan-haiwan yang jarang kita temui dengan lebih dekat dalam habitat semula jadi mereka.

“Selain itu, pihak zoo turut menyediakan pakej pendidikan dengan harga murah untuk murid sekolah dan mahasiswa yang datang secara berkumpulan melawat zoo ini,” katanya.

Zoo terbuka

Sementara itu tambah Hanim lagi, bagi kumpulan pelancong dewasa mereka diberi pilihan mengupah seorang renjer zoo sebagai pemandu pelancong untuk memberi penerangan lengkap mengenai haiwan yang ada di zoo.

REKREASI di Tasik Taiping pasti mengimbau nostalgia lama dihampar dengan tasik indah dan pepohon menghijau.

Lokasinya yang terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut, memberi ruang kepada para pengunjung untuk ’bermesra’ dengan alam. “Kawasan seluas 13.7 hektar daripada 40.5 hektar kawasan tasik telah dipilih pihak MPT untuk dijadikan zoo yang satu-satunya terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

“Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut,” katanya.

Tasik terindah

Pemandu pelancong bagi syarikat R2 Travel and Tours, Anis Sabhee berkata, lokasi yang paling menarik dan hampir dilupakan ialah kewujudan landasan kereta api pertama Malaysia antara Taiping dan Pelabuhan Kuala Sepetang (dulu Port Weld) yang dibina pada tahun 1885. Ketika itu katanya, kerajaan British telah membina landasan tersebut untuk memudahkan mereka mengangkut bijih timah ke Pulau Pinang dari Taiping.

“Pengunjung dapat menyaksikan beberapa monumen binaan landasan dan batu tanda serta bangunan usang sebagai bukti kewujudan infrastruktur yang dibangunkan British di sini.

“Kesemua ini dapat disaksikan di celah-celah bangunan dan kawasan penempatan penduduk di Port Weld atau jeti Kuala Sepetang,” katanya.

Kunjungan ke Taiping tidak sah jika anda tidak ke Taman Tasik Taiping yang dibuka pada tahun 1880. Merupakan tasik bekas lombong ia dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka di negara ini.


Inilah stesen kereta api Port Weld yang dibuka pada tahun 1885 untuk memudahkan pengangkutan bijih timah.

Berada di taman itu, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang indah, dihiasi pokok-pokok angsana berusia ratusan tahun. Ia tidak mungkin dapat diperoleh di mana-mana lokasi lain kerana usia ratusan tahun itu tidak mampu ditukar dengan 1,000 pokok bunga sekali pun.

Selain 10 kolam besar, tasik tersebut juga lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.

Selain itu, Bukit Peranginan Maxwel atau Bukit Larut (1870) juga menyamankan. Untuk sampai ke puncak yang ketinggiannya 1,250 meter dari paras laut, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

Di samping kesemua tarikan wajib itu, banyak lokasi lain yang boleh diteroka pelancong.

Bagaimanapun, sedikit komentar membina penulis, dengan kekayaan warisan dimiliki Taiping pihak berkenaan seharusnya melipat gandakan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong luar.

Jika Melaka mampu mengajak pelancong asing singgah menghayati kesan sejarah lampau, kenapa tidak Taiping.

Monday, March 12, 2012

Kursus Hoki Untuk Guru-Guru

Kursus dalaman permainan hoki dikendalikan oleh Cikgu Azri

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!