Friday, March 2, 2012

MARI BELAJAR SAINS ; BAHAGIAN B (SIRI 1)

MARI BELAJAR SAINS ; STRATEGI MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

Oleh: cg_abdullah

Bermula dengan kata kunci --Perlu tahu kata kunci soalan dan kata kunci jawapam.

Kata kunci soalan yang selalu digunakan ialah:

1. Corak pola / perubahan corak / corak perubahan

(trend / the changes of... )

2. Pembolehubah ; diubah (manipulasi)

Variables ; change

; diukur (bergerakbalas )

measure / observe

; ditetapkan (malar)

Controlled / fixed / constant / same

3. Pemerhatian

Observation

4. Inferens / sebab / alasan / jelaskan

Inference / reason / why

5. Tujuan

Aim / purpose

6. Hubungan

Relationship

7. Ramal / apa akan terjadi..

Predict / what will happen..

8. Kesimpulan / rumusan

Conclusion

Dalan siri ini kita hanya belajar mengenal kata kunci sahaja. Siri yang seterusnya akan mengulas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan setiap kata kunci. Pastikan murid-murid tidak terlepas peluang mengikutinya.

Karnival 1 Malaysia




Karnival yang julung kali diadakan melibatkan pelbagai agensi.
Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 terlibat secara langsung
apabila bilik gerakan, bilik darjah dan perbagai prasarana sekolah digunakan.
Semoga usahasama inu membawa pulangan kepada SKTTJ2...Amin.

Demi kecemerlangan


Demi kecemerlangan dan kejayaan sekolah, pertemuan demi pertemuan
diadakan bagi membincangkan isu dan perkembangan semasa..

'Pot Luck' bulan Februari



Antara antiviti kelab guru yang sentiasa mendapat perhatian
selain berjaya menyatukan persefahaman antara guru

Thursday, March 1, 2012

Sekolah "Kluster"

Persiapan terakhir dokumentasi Sekolah Kluster 2012


Dokumen yang telah siap untuk diserahkan kepada
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya


Semoga SKTTJ2 berjaya dalam pencalonan Sekolah Kluster 2012.

Sunday, February 26, 2012

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!