Saturday, February 25, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 11


Barisan VIP


YB Tuan Khairy Jamaluddin memberikan ucapan.


Mereka yang hadir


Pasukan kompang yang menyambut kedatangan
Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin

Monday, February 20, 2012

Bangunan Pra Sekolah


Kumpulan;konsultan yang bertanggungjawab ke atas pembinaan bangunan Pra Sekolah. berbincang bersama Guru Besar. Agaknya membincangkan apa lagi yang belum diselesaikan.

Variasi sudut lensa 50mm

Ramai tidak sedar sebenarnya lensa tetap atau utama 50mm sering digunakan pada zaman kamera menggunakan filem lagi. Dengan lensa itu, apa yang kita nampak, itulah yang dirakamkan. Ia bermakna rakaman menggunakan lensa 50mm adalah rakaman asal mengikut pandangan mata.

Jurufoto veteran tidak ramai yang menggunakan lensa sudut lebar atau lensa jarak jauh (tele) kerana agak mahal pada waktu itu. Jadi 50mm satu-satunya lensa yang dimiliki.

Kini dalam era fotografi digital yang menjadikan sensor kamera format DX dipangkas (crop) berbanding format asal 35mm, lensa 50mm mula diminati semula.

Ini kerana penggunaan lensa 50mm pada kamera format DX akan membuatkan ia menjadi lensa tele ekoran pembesaran sebanyak 1.5 kali. Jadi setiap rakaman yang dilakukan akan memberi sedikit pembesaran dan tidak lagi apa yang kita nampak, itulah yang akan dirakamkan. Kini 50mm banyak digunakan untuk merakamkan potret namun ia sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai rakaman subjek. Apa yang perlu, jurufoto mempelbagaikan sudut rakaman.

Lensa tetap tidak sama dengan lensa zoom yang boleh bergerak dari sudut lebar ke tele dengan hanya memusing lensa. Penggunaan lensa 50mm memerlukan jurufoto bergerak ke hadapan atau belakang bagi mendapatkan rakaman menarik. Jika jurufoto rapat dengan subjek misalnya seorang model, ia akan menghasilkan 'Bokeh' - perkataan Jepun bermaksud keadaan kualiti estetik kabur. Jadi, lebih tinggi bukaan (aperture) akan lebih jelas keadaan bokehnya.

Kini, lensa 50mm didatangkan dengan bukaan paling tinggi f/1.4 yang membolehkan rakaman dilakukan di dalam cahaya suram.

Jadi, pelbagaikan sudut penggunaan lensa 50mm dan bukan hanya untuk potret sahaja.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!