Saturday, February 18, 2012

Sambutan Maulidur Rasul



Su video
Suasana pagi masih gelap........

Awas najis berdarah.

Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.

Menurut Perunding Bedah Kolorektal dan Laparoskopik Hospital Prince Court, Dr. Yunus Gul Alif Gul, kes kanser kolorektal kini semakin meningkat. “Dianggarkan 10 peratus menghidap penyakit ini di seluruh dunia. Kes pertama yang dilaporkan di Malaysia adalah pada 2002. Statistik terkini menunjukkan 14.2 peratus pesakit adalah lelaki dan sembilan peratus pesakit wanita. Secara keseluruhannya, orang Cina paling banyak menghidap kanser ini. Kanser ini juga menjadi penyakit kedua tertinggi selepas kanser payudara bagi wanita dan paling banyak di kalangan lelaki,” ujarnya. Dr. Yunus Gul menerangkan, simptom penyakit ini adalah perdarahan dari dubur, perubahan rutin membuang air besar, sembelit, anemia (kurang darah), berat badan menurun dan ada kemungkinan tidak ada gejala. Ini bergantung pada ukuran dan kedudukan tumor. Tambahnya, kanser ini boleh merebak tanpa mengira usia.

“Statistik menunjukkan lebih 80 peratus pesakit merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Namun, jika anda pernah mempunyai kanser atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang. Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut,” jelasnya.

Diagnosis

Dr. Yunus Gul menyarankan, jika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal, segera berjumpa doktor untuk ujian penyaringan yang teratur. Tambahnya, di Amerika Syarikat misalnya, terdapat saranan supaya penyaringan kanser kolorektal bermula pada usia 50 tahun dan ia diadakan dengan lebih kerap atau lebih awal jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit tersebut.

“Penyaringan amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal. Kebanyakan kes yang saya temui sudah di peringkat ketiga dan keempat. Perasaan risau dan takut untuk melakukan ujian penyaringan perlu diubah. Kebanyakan prosedur ini hanya mendatangkan ketidakselesaan yang minimum,” tambah beliau. Dr. Yunus menjelaskan, antara penyaringan yang dilakukan adalah dengan menjalani pemeriksaan rektal secara digital.

Selain itu, doktor akan melakukan ujian darah fekal okulta untuk memeriksa sampel najis. Kaedah lazim lain yang sering digunakan ialah sigmoidoskopi yang fleksibel dengan menggunakan tiub halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda.

“Doktor juga sering menggunakan kolonoskop iaitu satu tiub yang panjang dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor bagi membolehkan doktor melihat keseluruhan kolon dan rektum anda.

Kebiasaannya, doktor turut melakukan ujian genetik. Ini penting bagi anda yang mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal,” katanya.

Golongan berisiko

Kanser ini juga dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori. Keadaan semakin rumit apabila anda tidak melakukan senaman atau tidak aktif kerana sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Justeru Dr. Yunus Gul menggalakkan anda melakukan aktiviti fizikal secara teratur bagi mengurangkan risiko kanser merebak.

Tambah beliau, mereka yang merokok dan minum alkohol juga berisiko tinggi menghidap penyakit ini.

Apa yang merunsingkan beliau, ramai pesakit keliru dengan simptom kanser ini dengan buasir apabila adanya darah di dalam najis. “Ia mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya kanser tetapi ia juga boleh menunjukkan keadaan-keadaan lain. Darah merah yang anda lihat pada tisu tandas mungkin akibat buasir atau koyakan kecil di dalam dubur anda. Bagaimanapun, lebih baik jika anda berjumpa doktor dengan segera jika terdapat sebarang tanda darah atau perubahan di dalam bentuk najis kerana ia boleh menunjukkan tanda yang lebih serius. Seelok-eloknya anda berjumpa doktor jika ia berlaku lebih daripada tiga hari dan berterusan,” katanya.

Rawatan dan pencegahan

Menurut Dr. Yunus Gul, rawatan yang lazim bagi kanser ini adalah pembedahan tetapi ia berbeza dengan kaedah pembedahan 10 tahun dahulu. “Jika dahulu, pembedahan akan meninggalkan saiz parut yang besar pada bahagian perut tetapi sekarang ia hanya meninggalkan parut sebesar ibu jari. Malah, ada pesakit yang boleh bekerja selepas dua atau tiga minggu melakukan pembedahan.

“Rawatan kimoterapi pula bergantung pada tahap kanser. Walaupun kanser ini boleh dirawat, pesakit yang menjalani pembedahan perlu melakukan ujian penyaringan sepanjang 10 tahun pertama. Ini kerana kanser ini berpotensi menyerang lagi di tempat lain atau kawasan yang sama,” ujarnya. Sama seperti penyakit lain, ubat yang paling mujarab merawat penyakit ini adalah pencegahan. Untuk itu, Dr. Yunus Gul menasihatkan agar mengamalkan cara hidup sihat, makan lebih sayuran dan makanan berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan bersenam.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Tauliah buat mereka



Keselamatan pelajar


Keselamatan pelajar mesti diberik keutamaan sewaktu melintas di jalan raya menuju ke sekolah

Thursday, February 16, 2012

Selamat Hari Lahir Cikgu.




Beberapa orang guru diraikan semprna sambutan kelahiran pada bulan Januari dan Febri. Program diteruskan dengan Pot Luck daripada Kelab Guru SK TTJ 2

Wednesday, February 15, 2012

Menghadapi tekanan scara Islam

Oleh Profesor Dr. Osman Che Bakar

RAMAI yang tertekan serta menderita apabila mengalami peristiwa atau musibah seperti kerosakan harta benda, kehilangan atau kegagalan dalam kerjaya, percintaan atau rumah tangga dan sebagainya.

Musibah atau tekanan adalah satu peristiwa yang ditakuti dan tidak dikehendaki oleh mana-mana individu di dalam kehidupan seharian.

Majoriti daripada kita akan bertindak-balas secara spontan sama ada mengeluh, memaki-hamun dan marah terhadap seseorang malah ada pula yang marah kepada takdir Tuhan. Individu yang terbabit dengan musibah mengalami gejala-gejala tekanan seperti bimbang, hilang tumpuan, cepat marah, tidak dapat tidur, hilang selera makan dan lain-lain lagi.

Berdasarkan personaliti serta cara seseorang menangani sesuatu tekanan, ada yang berasakan kehidupannya sudah tidak bererti, menjadi panik dan merasakan yang dunia ini kejam terhadapnya. Situasi ini akan lebih menyakitkan apabila ada pula insan sekeliling yang memberi ulasan-ulasan negatif.

Sering dikatakan musibah didatangkan sebagai hukuman atau peringatan daripada Allah SWT tetapi hakikat dan tujuan yang sebenar, hanya Allah yang maha mengetahui.

Bolehkah kita mentakrifkan apa yang ditentukan Allah SWT mungkin benar atau sebaliknya?

Lupakah kita ujian-ujian yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah dan para nabi jauh lebih hebat dan apakah mereka ini melakukan banyak kesalahan serta kita lebih baik daripada mereka?

Tetapi sebagai seorang Islam, kenapa kita tidak melihat dan pelajari akan apa yang difirmankan Allah SWT di dalam al-Quran serta sunah Rasulullah melalui hadisnya.

Allah SWT menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 286, bahawa Dia tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ini bermakna setiap individu yang mengalami musibah tersebut akan mampu mengatasinya . Kerap seseorang individu menjadi kecewa, marah dan susah hati apabila sesuatu hajat yang diingini tidak berjaya atau sesuatu perkara lain pula yang berlaku. Mereka lupa akan firman Allah SWT; ”Adakalanya sesuatu itu tidak baik bagimu meskipun kamu begitu menghendakinya dan adakala pula sesuatu itu baik bagimu meskipun kamu tidak menyukainya, sesungguhnya aku mengetahui tetapi kamu tidak mengetahuinya”.

Kita terlalu mengharapkan keseronokan, kemudahan serta kenikmatan dunia, sudah tentu ia tidak salah kerana itu adalah sifat naluri seseorang manusia. Allah SWT juga menyuruh kita berbuat demikian seperti firmannya; “Dan hendaklah kamu mencari kebaikan akhirat dan jangan lupa habuan kamu di dunia.”

Masalahnya, ramai di antara kita tidak mempedulikan janji Allah SWT tentang kehidupan akhirat yang mana ia adalah kehidupan yang kekal sebenarnya dan lebih baik. Jika kita benar bertakwa dan yakin, majoriti daripada tekanan yang kita alami tidak memerlukan kita bersedih dan merasa kecewa yang melampau bahkan dapat melihatnya secara lebih positif.

Pun begitu, janganlah ada antara kita beranggapan kita tidak memerlukan rawatan dan ubat-ubatan bahkan menasihati ahli keluarga atau rakan yang mengalami tekanan untuk tidak mendapatkan rawatan memadai hanya dengan reda.

Ramai antara kita yang tersalah faham mengenai konsep reda dalam Islam. Reda pada Islam bukan bererti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa disusuli dengan usaha dan ikhtiar.

Sikap terbuka

Ubat-ubatan dan kaunseling akan melengkapkan proses pemulihan emosi seseorang individu. Dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengatasi masalah tersebut, berkongsilah masalah anda dengan saudara-mara atau rakan karib atau mana-mana individu yang anda percaya dapat membantu.

Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan. Bermula sekarang, kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, percayalah kita akan lebih merasa sakit.

Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.h

Lawatan Audit

Pn Zaiton Hassan dari Bahagian Audit Sekolah hadir untuk pemantauan audit

Tuesday, February 14, 2012

Seronok bersama Petro Sains


Panitia Sains telah menjemput pasukan Petro Sains untuk menjalankan aktiviti di sekolah. Sambutan murid sangat menggalakkan. Mereka memang teruja menanti kedatangan pasukan Petro Sains ini.
video

Perjumpaan Guru dan Penjaga Tahun 6




Penerangan tentang perancangan sekolah serta sesi dialog adalah antara isi kandungan pertemuan ini.

1M 1S : Kumpulan permainan bola tampar

Monday, February 13, 2012

Bertugas di konti

Setiap pagi Cikgu Asman akan mempastikan sistem siaraya dapat berfungsi dengan baik.

Sunday, February 12, 2012

Hakisan, minyak punca pencemaran

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Khalid Zahrom, 32, ketika baharu memulakan tugasnya di Taman Negara Tanjung Piai ialah 'dia disambut mesra sekumpulan kera.'

Biarpun agak terkejut, dia akhirnya dapat membiasakan diri dengan keadaan itu. Hari ini seperti juga kira-kira tujuh tahun lalu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di tanah besar paling selatan benua Asia ini, Khalid masih tidak dapat memisahkan dirinya dengan haiwan liar tetapi 'mesra' tersebut.

Cuma bezanya, jika dahulu dia agak terkejut, kini, Pengurus Taman Negara Tanjung Piai itu mengakui dia cukup senang dengan kehadiran hidupan tersebut. Malah, mungkin tidak keterlaluan dikatakan dia tidak boleh dipisahkan dengan kera-kera terbabit.

Apa yang dilalui oleh Khalid sebenarnya turut dirasakan oleh setiap pengunjung ke Taman Negara Tanjung Piai.

Terletak di mukim Kukup, dalam daerah Pontian, Johor, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam taman negara ini yang dipenuhi hidupan paya bakau, kita akan terhibur dengan telatah kera-kera yang lepas bebas.

Di sebalik kepentingannya kepada kesinambungan usaha memelihara alam sekitar, Taman Negara Tanjung Piai kini menghadapi fenomena ancaman yang sangat serius - hakisan.

''Saya menyertai taman negara pada 2004, sepanjang laluan 70 meter terakhir ini dulu dipenuhi pokok, sekarang dah terang," katanya yang menemani kami hingga ke hujung tanjung.

Untuk sampai ke penghujung selatan tanah besar benua Asia itu, kami perlu berjalan kaki bermula dari pintu masuk menggunakan jambatan kayu yang disediakan sejauh satu kilometer.

Dan sebagai membuktikan kata-kata Khalid, kesan-kesan tunggul kayu mati masih dapat dilihat dengan jelas di situ.

Dalam masa sama, fenomena hakisan yang berleluasa, mendedahkan Taman Negara Tanjung Piai kepada situasi lebih mencemaskan.

Menurut Khalid, keadaan tersebut bukan sahaja memudaratkan masa depan Tanjung Piai sebagai tanah besar penghujung benua Asia tetapi juga peranannya sebagai sebuah taman negara.

''Jika tiada langkah-langkah pencegahan diambil segera, kita bimbang Tanjung Piai akan hilang suatu hari nanti.

''Bayangkan sahaja kalau pada 2004, dari sini kita tak akan nampak resort yang ada di hujung sana kerana dilindungi hutan, sekarang kita boleh nampak dengan jelas," katanya sambil menuding ke arah resort itu dari pelantar di hujung tanjung.

Kata Khalid, hakisan telah mula dikesan sejak tahun 1970-an dan mula kritikal pada 2001 sehingga sekarang.

Melihat kepada 'kuasa' hakisan yang berlaku, dia menjangkakan tanjung yang mempopularkan negara di mata dunia itu mungkin akan bertahan untuk tempoh tujuh hingga 10 tahun sahaja lagi.

Sebagai tanjung yang menganjur ke laut, cabaran lain dihadapi ialah pencemaran akibat tumpahan minyak daripada kapal.

Katanya, pada 1997, dua kapal yang berlanggar di perairan Singapura telah mengakibatkan tumpahan minyak yang banyak.

Malah pada September 2003, tumpahan minyak daripada sumber yang tidak diketahui telah dijumpai di beberapa kawasan sepanjang pesisir hutan bakau Tanjung Piai.

Kejadian seterusnya berlaku pada 10 September 2011 membabitkan tumpahan minyak di kawasan sepanjang 300 meter hutan bakau Tanjung Piai. Malangnya tiada pihak yang berjaya diberkas.

Dalam masa sama secara jujur Khalid berkata, ramai juga pengunjung yang tersalah tafsir tentang tempat tersebut.

''Ada sesetengah mereka menyangka kawasan ini adalah tempat peranginan. Hakikatnya ia hutan bakau yang matlamat penubuhannya adalah untuk pemuliharaan selain bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan bakau untuk kehidupan sejagat," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Impak_Alam&pg=al_02.htm

Pasukan Sepak Takraw SKTTJ2


Semoga latihan yang dijalani membuahkan hasil yang membanggakan sekolah.

1M1S : Kumpulan pemain hoki


Syabas kepada pasukan hoki sekolah erana berjaya mendapat tempat di peringkat daerah Seremban 2
Pasukan perempuan : Johan
Pasukan Lelaki : Tempat ketiga

Penangan Pengkalan Data


HEM dan guru kelas bertungkus lumus menyiapkan data pelajar secara online.

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!