Wednesday, February 1, 2012

Tenaga Utama Tahun 6 (UPSR) 2012

Cikgu Fahita selaku penyelaras Tahun 6 sentiasa peka dengan perkembangan dan pelaksanaan progran khas untuk tahun 6. Gambar merakamkan taklimat yang diberikan kepada tenaga pengajar Tahun 6.

Inilah barisan yang akan bertanggungjawab mempastikan pelajar-pelajar Tahun 6 mencapai gred yang disasarkan dalam UPSR 2012.

Semoga usaha yang berterusan memberikan pulangan yang sangat lumayan buat semua.. Amin..

Monday, January 30, 2012

Rombongan dan pemeriksaan khas daripada JNJK

Penilai kecemerlangan sekolah daripada Jemaah Nazir Jaminan Kualiti(JNJK) datang ke SK TTJ2 membuat pemantauan dan pemeriksaan khas. Pegawai yang terlibat diketuai oleh Tn Hj Ahmad Fauzy b Hj Hashim

Mudah-mudahan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 berjaya mendapat tempat dalam penilaian ini... Amin

Badmintin SKTTJ2 hebat


Syabas kepada pemain yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Tidak ketinggalan kepada guru yang melatih

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!