Thursday, November 24, 2011

Renungan Kita Bersama

Apabila kita hidup dengan mematuhi agama, dengan sendirinya kita akan rasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT yang sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita daripada terus melakukan kejahatan dan dosa. Tanpa adanya keyakinan ini, manusia akan hilang brek itu. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung. Tetapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun ke neraka. Na'uzubillahiminzalik...
(Sedikit perkongsian ilmu daripada Ustaz Izzuddin)

Tuesday, November 22, 2011

Tokoh Pelajar 2011



Tokoh Pelajar 2011 : Anis Syahirah (5A UPSR)

Mereka dapat 5A

Syabas dan tahniah,

Kumpulan Muzik

Kumpulan muzik memainkan melodian dalam satu persembahan di Hari Anugerah Pelajar. Kumpulan ini dipimpin oleh Ketua Panitia Dunia Muzik SK TTJ 2.

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar





Pelajar diberikan hadiah atas kecemerlangann yang telah ditunjukkan. Pelbagai persembahan juga dipersembahkan mengiringi majlis anugerah ini.
Syabas dan tahniah kepada para [elajar yang telah berjaya.

p/s: Gambar lebih lanjut bvoleh dilihat melalui flickr Hari Anugerah 1 dan 2. ( Ada 400 keping foto untuk dilihat.)

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!