Saturday, October 29, 2011

Pemantauan Sekolah Prestasi Cemerlang

Dokumen tersedia untuk pemantauan

Tuan Mazalan Hassan hadir untuk menyempurnakan misi JPNS.

Lawatan 3 hari ke Langkawi



Taklimat diberikan kepada semua pelajar yang terlibat bagi mmempastikan segala urusan berjalan dengan lanar. Mereka akan bertolak pada 31 Oktober dan akan pulang semula pada 2 November ini.
Selamat jalan semua, semoga dapat menimba ilmu dan pengalaman yang berharga. "Jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman luas pengetahuan""

Pertandingan Kid and Cash online

4 pelajar mewakili SKTTJ2 telah menyertai pertandingan Kid and Cash secara online dibimbing oleh Cikgu Lee. Telah berjaya mendapat markah penuh dan menanti untuk keputusan selanjutnya.

Nur Anis Solihin bt Basri, Nor Aisyah bt Zulaimy,
Ilya Najiha bt Mohd Tahir, Ruzanna bt Abdul Malek.

Semoga berjaya di mata dunia.

Jamuan Ko Kurikulum



Jamuan dianjurkan oleh Unit ko Kurikulum SKTTJ2 bagi meraikan dan menghargai sumbangan semua pelajar yang tetlibat dalam Ko Kurikulum sekolah..... Yes!! Terima kasih daun keladi.

foto; Canon

Thursday, October 27, 2011

Pelapis Sepak Takraw SK.TTJ2


Latihan berterusan dijalankan bagi menjamin kecemerlangan pasukann

Taklimat SAPS


Masih lagi ada yang tersilap !

Foto : Dry eyes

Tuesday, October 25, 2011

Taklimat mingguan


Setiap pagi Isnin Guru Besar dan barisan GPK akan memberikan taklimat ringkas bagi mempastikan pengurusan pentadbiran serta pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar serta memupuk budaya kerja yang berkualiti tinggi.
Antara pesanan utama Guru Besar ialah, "Jadilah seorang guru yang sentiasa Peka".

Foto : Dry eyes

Program Harian; Laluan Iq'ra


Program ini tidak pernah tertinggal pada waktu sesi perhimpunan pagi sejak awal tahun persekolahan. Semua murid perlu membaca bahan bacaan dalam masa 5 - 7 minit. Semoga program yang berterusan ini dapat memupuk minat serta mengekalkan budaya membaca yang berterusan.

foto; Dry eyes

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!