Wednesday, November 3, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN


2 NOV 2010- Majlis jamuan akhir tahun yang telah diadakan oleh kelas-kelas tahap satu.Pelajar sungguh gembira apabila dijamu dengan makanan yang telah disediakan. Ada juga pelajar yang menyambut harijadi bersama rakan-rakan sekelas. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan majlis tersebut.

Kursus Pengurusan Jenazah Pelajar Tahun Enam dan Guru-guru

Pelajar perempuan
Pelajar lelaki


Penceramah Undangan
Ustaz Lokman
Masjid Putra, Putrajaya

Jenazah sedang dipakaikan baju
Ustaz sedang memberi penerangan
Adik Amar sedang mengimamkan sembahyang jenazah
30 Oktober 2010 - Bertempat di Dewan Terbuka SKTTJ 2 telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tgh. Walaupun jangkamasa yang diperuntukkan agak pendek namun adalah diharapkan semoga apa yang telah dijalankan dapat memberi input yang amat berguna kepada seluruh pelajar tahun enam dan juga guru-guru. Kursus tersebut telah diberi oleh Ustaz Lokman daripada Masjid Putra , Putrajaya.

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!