Tuesday, March 23, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

6 MAC 2010- Pada hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 8 di Dewan Terbuka SKTTJ2 bermula pada jam 8.30 am. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pegawai KGSK dari Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan tahniah di atas kejayaan SKTTJ2 dalam UPSR tahun 2009. Beliau memohon agar pihak Ibubapa dan penjaga bersama-sama pihak sekolah berusaha untuk melonjakkan SKTTJ2 ke arah kejayaan yang lebih gemilang.Perjalanan mesyuarat telah berlangsung dengan suasana yang baik dan muhibbah.Pemilihan barisan AJK yang baru juga telah dapat dilaksanakan dengan lancar.Tahniah kepada semua AJK yang baru dipilih untuk menerajui PIBG.

FOTO SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG



RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!