KEJOHANAN SUKAN KALI KE 8 SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2
25 FEB 2010 (KHAMIS)/JAM 8.00 AM
Kejohanan Sukan Kali ke 8 telah julung-julung kalinya diadakan di padang sekolah SMK Taman Tuanku Jaafar. Sebelum ini sukan sekolah kerap diadakan samada di Stadium Paroi ataupun di padang sekolah SKTTJ.Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat tepat jam 8.00 pagi.Sebanyak 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru terlibat dalam perbarisan lintas hormat. Yang Dipertua PIBG telah menyempurnakan perbarisan lintas hormat tersebut.
Di bawah ini adalah keputusan rasmi pungutan pingat. Rumah Hijau telah berjaya menjadi johan keseluruhan dengan 13 pingat emas, diikuti rapat oleh Rumah Biru dengan 12 pingat emas, ketiga rumah kuning dengan 11 pingat emas dan keempat Rumah Merah dengan 8 pingat emas.
