19 FEB 2010- Kem Bestari Solat Pertama untuk tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Semua pelajar islam tahun satu dan dua telah menyertai kem ini. Pelajar menunjukkan minat semasa mengikuti kem ini. Walaupun ianya dijalankan dalam waktu yang singkat, diharapkan ia dapat memberikan manfaat kepada semua. Kepada semua fasilitator yang sama-sama menjayakan kem ini diucapkan ribuan terima kasih.