Saturday, February 13, 2010

PEMENANG PERTANDINGAN


MUNA NUR NABILAH BINTI RAMLAN
SAGUHATI
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1
DI SK NYATOH
10 FEB 2010


NUR AZYYATI BINTI ZULAIMY
NAIB JOHAN
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2
DI SK NYATOH
10 FEB 2010




MUHAMAD HAZIQ BIN HAZAN
SAGUHATI
PERTADINGAN MENGARANG TAHAP 1
DI SKTTJ2
10 FEB 2010


NURAREENA HAZIEYA BINTI SAN KAMARUZAMAN
KETIGA
PERTANDINGAN MENGARANG TAHAP 2
DI SKTTJ2
10 FEB 2010


PASUKAN BAHAS SKTTJ2...... NAIB JOHAN
DI SK KING GORGE V
11 FEB 2010
NUR AMIRA BINTI BAHARUDIN
NUR AZYYATI BINTI ZULAIMY
NURAREENA HAZIEYA BINTI SAN KAMARUZAMAN
MUHAMAD ZAKWAN HAKIM B. MOHAMMAD ZAIFULLAH

CERAMAH KESIHATAN


12 Feb 2010 (Jumaat) - En Fasyan bin Pakharudin , Pembantu Kesihatan Awam,Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah menyampaikan satu ceramah mengenai Aedes dan Demam Denggi. Dalam ceramah tersebut, beliau mengingatkan supaya semua masyarakat bekerjasama menjaga kebersihan rumah dan kawasan sekitar. Ini kerana banyak kawasan perumahan yang telah menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Kawasan Perumahan TTJ fasa 3 telah diisytiharkan sebagai kawasan Wabak Demam Denggi. Seharusnya kita semua mengambil ikhtibar dan perhatian yang serius.

CERAMAH MOTIVASI

28 JAN 2010 (KHAMIS)-Satu sesi ceramah motivasi telah berlangsung di Dewan Terbukan SKTTJ2. Penceramah tersebut mewakili PUSAT MOTIVASI ELIT,KLANG.Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6. Dalam ceramah tersebut, penceramah telah mendedahkan beberapa teknik pembelajaran yang efektif untuk pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010

Guru Besar menyampaikan watikah perlantikan.

Adik Ibrahim bin Azam mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar oleh pengawas PSS

Bacaan ikrar oleh pengawas PSS

1 Feb 2010 ( Isnin ) - Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber SKTTJ2 telah berlangsung pada pagi Isnin semasa perhimpunan mingguan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Noor Semarli binti Alias Guru Besar SKTTJ2. Semua pengawas telah menerima sijil perlantikan daripada beliau. Selepas itu bacaan ikrar telah dibaca dengan diketuai oleh Ketua Pengawas PSS , Adik Ibrahim bin Hj Azam.

PERLAWANAN PERSAHABATAN


28/1/2010 (Khamis)
Satu perlawanan persahabatan antara pasukan sepak takraw SKTTJ2 dengan pasukan daripada SK Taman Tasik Jaya telah berlangsung di gelanggang sepak takraw. Setiap sekolah telah menghantar 3 regu untuk bertanding.
Objektif perlawanan persahabatan ini adalah memberi pendedahan kepada pemain sebelum mereka bertanding di kejohanan peringkat daerah dalam bulan Mac akan datang.
Jurulatih pasukan sekolah Cikgu Rizal Hazri amat berpuas hati dengan persembahan anak anak buah beliau.

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!