Sunday, May 17, 2009







PSS SKTTJ2 telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas Perpustakaan pada 8 Mei 2009. Kursus yang melibatkan seramai 80 orang peserta ini bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Rahimah bt Ibrahim, GPK1 SKTTJ2. Penceramah-pencerah pada hari iru terdiri daripada Pn. Nor Zubaidah untuk slot motivasi, Pn. Zuraini untuk slot Pemprosesan kerja dan Pn. Fadillah bagi slot otomasi serta Pn. Siti habsah bagi slot buku skrap. Para pelajar begitu teruja dan bersemangat menjalani kursus pada hari tersebut. Kepada semua AJK diucapkan jutaan terima kasih atas budi dan kesudian menjayakan majlis kita ini.

latihan dalam perkhidmatan


Pada 13 mei 2009 telah diadakan kursus dalaman yang disampaikan oleh guru besar, Pn. Hjh Noor Semarli bt Alias.

RENUNGAN

DOA KESYUKURAN
Ya Allah, tolonglah kami agar sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik padaMu


DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk,kesucian dan kekayaan jiwa

DOA TERLEPAS DARI GODAAN SYAITAN
Ya tuhanku, aku berlindung dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepada Mu ya tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku (Al-Mukminun:97-98

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta dalam pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.(Iaitu) orang-orang yang menginagati Allah pada waktu berdiri mahupun duduk dan berbaring;dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):'Ya Tuhan kami,Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia.Maha suci Engkau,maka jauhkanlah kami dari seksa neraka.(Ali Imran:190-191)

DOA KESEJAHTERAAN HIDUP
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِيْ الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kesejahteraan agama kami dan kesihatan yang baik pada jasad kami dan ilmu yang bertambah serta rezeki yang berkat

DOA DI BULAN RAMADHAN
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!